4 minggu lepas dok Taiping, aimi kena Kelopak garam, bengkak satu badan, gatal2... malam2 menangis kalo panas... mai tahap kritikal, x tahan tengok dah, suruh abh balik on the dot, bila dia sampai, paginya dia bwk p klinik, kt klinik doktor refer suruh p pakar, bwk le p kat Taiping medical centre... kena le dok ward tido 2 malam ... adoih la.... dugaan sungguh, kt TMC, aimi kena cucuk antibiotik, sehari 2 kali kena cucuk. tapi servis kt TMC best la, better la dr hospital 'sblm ni', tempat pon luas, makan pon sedap dan ikut kesesuaian budak. Lepas 2 hari 2 malam dok TMC, lega le kelopak garam dan sakit gatal dia .....
Start dari cuti lepas CNY , aimi tak dibawak ke Taiping, sebabnya dia kena kudis kt atas kepala pulak...... kira tahap teruk punya kudis, bawak p bomoh tak jadik ( bukan percaya pon ) , bawak p klinik kt taiping tak jadik last2 bawak p klinik Chiang ( pakar kulit jg dia ), boh ubat klinik tu, dia kurang la... dh tk keluar air bisa dia .... tidak..... kesian la... dok gatai saja... menggaru saja... lama garu sket, mula la luka keluar darah .... ishh.... sayu je hati mak dia tengok .... dah la kecik comey, jadik sakit mcm2.
H I D A Y A H H A D I - Blog untuk bacaan sendiri, dan simpanan gambar2 kenangan
Monday, March 1, 2010
Minggu Sukan di SMKDB
minggu ni penuh dengan aktiviti persediaan umtuk menghadapi sukan tahunan SMKDB .... pelajar pend khas juga x ketinggalan buat persediaan untuk acara yang dipertandingkan kepada mereka, contohnya lari pecut 50m, 4 x 100m, lompat jauh dan 100m. Hari ni selasa 2/3/2010, ada latihan perbarisan, pelajar pend khas hanya jadi penonton, nak berlatih pon tak bleh sbb padang dah penuh.
Monday, February 22, 2010
diriku sebagai seorang guru pendidikan khas
Ya, Allah, berikan kesabaran kepadaku, sekarang dah hampir 3 bulan diri ini melibatkan diri dalam pendidikan khas ... macam-macam karenah yang dapat dipelajari, yang pastinya semua waktu mengajar ni memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mengawal karenah mereka, ada yang slow, ada yang sedang2, ada yang boleh tahan dan ada yang terlalu susah untuk dikawal. Tuhan, kalau selama ni kesabaran aku terlalu rapuh, aku diuji supaya berdepan dengan pelajar sebegini supaya aku lebih kuat mengawal kesabaran ku .
Semoga aku mampu bertahan dalam dunia baru yang serba-serbi tidak kumimpikan sebelum ini. Tambahan pula dengan merantau ke negeri orang, dan aku hidup serba serbi kekurangan ini.
Sunday, December 20, 2009
Penantian Satu Penyiksaan
Wednesday, December 16, 2009
Aktiviti ketika cuti sekolah ....

Apakah aktiviti sepanjang cuti ni yg berfaedah telah saya lakukan ????
Entah ...... baca beberapa buah buku bleh tak ?
hhmmmm...... leh la kot.... sejak update kad state library, dan sejak terjebak melawat ke state library sebab exam kissm aritu ... bersemangat plak untuk meminjam buku di perpustakaan.
Buku paling menarik yg dipinjam dan sedang dibaca ..." ASAM PEDAS GULA MELAKA" ..... cerita tentang pengalaman seorang guru dari mula dilantik hingga memegang jawatan sebagai guru besar di beberapa buah sekolah ...
seronok sgt buku ni... macam2 pengalaman yg dapat dipelajari sebagai persediaan menghadapi alam persekolahan ... mungkin suasananya sekolah zaman 80an la... tapi leh jugak dijadikan pengajaran... alangkah bertuahnya cikgu ni ... lepas 12 tahun mengajar, dia dapat offer jadi pengetua .... hmmmm.... murah rezeki ....
kalo ada guru2 cemerlang buat buku pengalaman dia sepanjang di sekolah kan best... teringin jugak nk jadik guru cemerlang .. hehehe azam tu ...
ni info serba sedikit pasal buku tu ... dengan ringkasan pengarangnya ..
Judul : Asam Pedas Gula Melaka
Pengarang : Norbi Husin
Penerbit : Utusan Publications & Distrbutors
Genre : MotivasiMukasurat : 588 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9676117455
Buku Asam Pedas Gula Melaka ini lebih merupakan sebuah diari kehidupan saya sebagai seorang pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah. Peristiwa suka duka, pahit maung sepanjang menjalankan tugas sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah diharap dapat memberi motivasi, iktibar dan teladan kepada semua warga pendidik khususnya yang bakal menjadi pengetua suatu hari kelak. Sebagai pemimpin di peringkat sekolah, setiap hari saya berhadapan dengan ribuan pelajar, pekerja, guru, dan ibu bapa yang beraneka ragam. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza tetapi yang pasti mereka mapukan diri mereka mendapat perhatian dan layanan yang terbaik daripada pengetua khasnya dan sekolah amnya. Lantaran itu tugas pengetua sentiasa dalam cabaran dan ini menuntut kesabaran, kegigihan, kekuatan dalaman dan ketahanan yang amat tinggi.
Walaupun Asam Pedas Gula Melaka ini lebih merupakan rentetan peristiwa demi peristiwa tetapi pengesahannya dibahagikan kepada enam bahagian.
Bahagian 1 mengandungi cerita atau episod semasa saya menjadi guru di empat buah sekolah ( dua buah sekolah terletak di luar bandar dan dua buah lagi terletak di bandar). Ketika menjadi guru, saya berpeluang bertugas di bawah 8 orang pengetua dan 7 orang GPK. Saya sering melihat cara mereka mentadbir sekolah dan bagaimana mereka menjalin hubungan dengan orang di bawah pentadbiran mereka. Ini banyak membantu saya apabila memegang jawatan pengetua pada l Ogos 1988. Maklumlah waktu itu saya masih muda dan tidak pemah pula memegang jawatan GPK sebelum itu.
Melalui pemerhatian dan pengalaman bekerja di bawah pentadbir yang terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina, saya menimba banyak pengalaman. Selain itu melalui cerita rakan- rakan juga terutama yang bertugas di sekolah lain sedikit sebanyak dapat memberi iktibar dan teladan kepada saya. Pengalaman inilah yang dijadikan guru sewaktu saya mula mentadbir sekolah.
Bahagian 2,3,4 dan 5 pula saya mula menulis episod atau cerita berkisar kepada setiap sekolah yang saya tadbir. Bermula dengan sekolah pertama saya menjadi pengetua yang dimuat dalam bahagian 2 dan begitulah seterusnya. Pendek kata setiap sekolah yang saya tadbir, ceritanya dimuatkan dalam satu bahagian. Saya kira corak pentadbiran saya di keempat-empat buah sekolah tersebut hampir sama kerana faktor membina disiplin warga sekolah diberi keutamaan dahulu. Bahagian 6 pula saya memasukkan sedikit pandangan warga pendidik yang pemah berkhidmat di bawah pentadbiran saya. Kebanyakan mereka ini kini ada yang telah dilantik menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran, GPK dan tidak kurang pula yang telah menjadi pengetua. Suka, duka, pahit, manis mereka bekerja di bawah pentadbiran saya, dipaparkan secara berterus terang tanpa diubah- suai ataupun ditokok tambah.
Monday, December 14, 2009
Cuti sekolah ~ Disember

Sejak habis kursus induksi .... ada seminggu sebelum interview ... dalam tempoh tu ... amek kesempatan jugak untuk jalan2 walaupun tak berapa jauh ....
selain p kenduri dekat2 kampung ni ... dapat la pi jalan jauh sket ...first pi kenduri kawen rumah kawan sekerja rozi ... located dekat bagan serai ... dok lalu selalu dah jalan tu ... waktu berulang p kursus kat KL dulu .... area tu .. dekat2 dengan parit buntar .. kawasan permainanku waktu belajar dkat transkrian dulu ... malangnya waktu balik tak dpt singgah sebentar kat USM .. :< ... tak dpt nak sentimentel2 kjap ...
balik tu .. hari rabu ... mak ajak p Langkawi ... dia nk p umah anak dia yg ke 2 ... ada agenda nk p sana ... hehehe... tido semalam kt umah kakak. petang lepas sampai tu... sempat la tgk kapal2 terbang besar berlepas kat airport ... malam aimi meragam x leh tido ... dpt tido 3 jam je mlm tu ... tak biasa tido pulau lah tu ...
esoknya lepas sarapan ... ready2 barang ... nk balik perlis balik ... nk hangkut kakak dan anak2 dia sekali ... hehehehe .. ni la agendanya .... waktu balik sempat sambar chochlate2 sket2 saja ... cukup la cara org tak dpt elaun ...
then hari isnin ... bawak kakak dan anak2nya ke MUzium Padi ... kwng3... sblmni dok lalu saja .. tk pernah teringin nk p pon .... hampeh .... dah dua2 abah dan mamanya dok keliling padi je ... nk p muzium bt hapa... ni bwk je la...unt anak buah ( Aishah ) bg dia blajar sket ... mama dia ada tanah bendang ... tapi tak buat pon ... upah org je .... then lunch dkt Tesco ... amek feel je ... x leh jalan2 .. tak de sapa nk tolong dukung anak2 kecik ni ...
then hari selasa and rabu dok sibuk buat urusan pengesahan sijil untuk interview ... dpt le jumpa balik dgn geng2 walaupon unt sekejap cuma ...
the day ... khamis ... ready awal pagi for interview ... waaaa... benci nak pikir ... dpt soklan biasa2 tapi x leh jawab penuh ... adoi ... hopefully lepas ... waktu nk intvw , everyone eager to know each other pointer of exam result... mmm... mostly cemerlang ... alhamdullillah ... leh le datang unt konvo nanti ... make sure pakai grand2 ye ... cemerlang beb ...!!
Jumaat pagi ... kakak ajak p Padang besar ... ikut je la... as a driver ... tak leh nk shoping2 apa sbb wet pon nk jimat2 bli susu anak2. tgk2 je la .. hand bag dgn t-shirt ... nnti ada duit .. nak rembat satu .... azam .. azam ....
Jumaat petang p antar kakak balik ke Langkawi ... panggilan pulau telah kedengaran ... giler .. boat pkul 6.30.. dgn org nk p sana mcm semut ... apa la yg best sgt nk p Langkawi tu ... yg pakat pi berduyun2 tu ... p la cameron ka... sabah sarawak ka... best sket ....
hmmm... lambat betul nk upload gmbar ni ... dah crita mcm2 dah ....
Thursday, November 5, 2009
Exam dah habis.....
alhamdullillah ...
exam kpli dah pon tamat semalam ... ini bermakna .. kursus ni pon dah tamat dengan berjayanya ..( berjaya ke ? .. tgk result exam dulu ) ... semalam lepas je papaer last... pi celebrate makan2 dgn geng2 kat fast food .. special thanks to ANN ( Azihan ) ... dgn harapan ann akan dapat posting kat tempat yg diingini ...
opss... bukan Ann sorang ... semua orang ... harap2 dapat posting dengan jayanya tahun depan kat tempat yang diingini .... hopefully ...
banyak betul la kenangan pahit dan manis waktu kursus setahun ni ....
kalo nak suruh mengulang pulak ... waaa... ampun ... tak mau dah,......
oklah .... layan gambar je la....
Thursday, October 15, 2009
MASUK MAKTAB BALIK .....
waktu kuliah ... main2 sungguh ...



jamuan raya umah hana...

taklimat PTPTN --- Loan kena bayar weihh....
taklimat PTPTN --- Loan kena bayar weihh....
Dah 3 minggu kuliah bermula... semester ni agar senggang sikit sebb kuliah tak packing sangat, cuti pon banyak... weekend leh ada 3 hari ( jumaat, sabtu dan ahad ) sbb kuliah hari jumaat dah di transfer ke hari kamis... every week ada aktiviti pandidikan jasmani ... tajuk hoki dgn gimnastik weih..... naik tergeliat tulang dan otot nak buat ... tua2 ni.. nak regang otot camne ... lepas je aktiviti PJ.. misti sakit2 urat ..... ni hari ni... still rasa tegang kat perut ( tu la... perut muncit sgt.. ) .. malas la nk crita pnjang2 ... letak gambar je la...
Subscribe to:
Posts (Atom)
