Wednesday, January 28, 2009

Jadik Pelajar Balik 2

kat IPGM KAmpus Perlis, saya telah dipilih untuk mengukuti kursus sekolah rendah (KH), masuk dalam kelas KH(A), dlm kelas ni ada 19 orang pelatih, mostly dah kerja dan berpengalaman luas, ada dah kerja 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun (saye lah tu), paling berumur 34 tahun, dalam kelas ni ada sorang my ex school mate kt derma dulu, mostly dari course engineering dgn accountancy. tapi semua tu tak leh pakai dah... kena start from zero.. cos no one have knowledge on teching technique. dah seminggu start belajar, dan tuhan, packing sangat2, kelas sampai pkul 4, lepas tu ada Gerko, malam2 palk ada meeting untuk Bina Insan Guru... slalu pkul 11.30 malam baru sampai rumah... anak-anak pon dah tido ... kadang2 si kakak je la tunggu, balik-balik je ajak bersembang...

hopefully sepanjang setahun ni, badan sentiasa sihat wal'afiat, sbb kehadiran kursus latihan ni .. kena 100%, doa-doakan ye ....

..

Jadik pelajar balik











Macam semua tahu, pada 12hb januari saya telah mendaftar sebagai pelajar IPGM Kampus perlis utuk KPLI SR (KH).. daftar pada jam 8.00 pagi, ramai gak yang mendaftar. Tunggu giliran untuk pemprosesan borang ada la dalam 3 jam.
Pkul 11 lebih baru le dapat bergerak ke asrama untuk ambil kunci. Lepas2 siap ambil kunci bilik, naik ke bilik di tingkat 4, ya tuhan, tinggi nak mampos, lama betul tak naik tangga setinggi tu. Lepas letak barang, jumpa dengan my roommate iaitu sorang ibu kepada 2 orang anak dari alor star, kedah. Oklah tu, dok sekali dgn “mak-mak” .. bleh berkongsi cerita, lepas semua barang dah letak, turun makan dgn ‘abahnye’. Lepas makan, naik le bilik lepas abah balik.


Hmmm… bermula la kehidupan sebagai pelatih IPGM Kampus Perlis. Pkul 2 ptang kena panggil, sbb ada perasmian untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Seminggu minggu pengurusan pelajar baru, macam-macam la acara, tapi biasa le, kalo dah mak-mak tu, mcm dah malas nak hadapi semua ni. Dengan tenaga dah kurang, urusetia plak semua muda2, umur awal 20-an, mana le diorang reti pasal pantang larang mak-mak dan bapak-bapak ni. Tapi, pejam celik pejam celik akhirnya tamat jugak minggu pengurusan, leganya hati. Macam hilang satu beban di bahu. Anyway, enjoy picture activity di sana ….





Wednesday, January 7, 2009

New year - New life - New surrounding



First time nak entries dlm blog ni, sblm ni dok baca blog org saja, baru je terbukak hati nk sign up blogspot. tu pon di saat-saat akhir sebelum berhenti dari kerja-kerja office ni. Mcm yang most of my friend tahu, saya akan memulakan kursus perguruan lepasan ijazah KPLI pada 12 Januari 2009. adoi... kena masuk belajar balik .. anak dah dua kena belajar balik, setahun plak tu ... sian la anak2ku nanti, actually anak saya akan saya tinggalkan bersama emak nanti. Tapi hopefully tak dpt asrama sbb kalo berulang senang nk jumpa anak hari2. paling malas sbb kena buat aktiviti ko-kurikulum balik .. ya tuhan ... tak buat aktiviti tu sejak sekolah lagi, maklumlah saya ni bukannya aktif sangat, sukan pon tak masuk, setakat masuk persatuan, kelab dgn badan uniform je. almaklumla, dulu badan pon masuk kategori XXL, camne nk bersukan. Bila pikir pasal tu, aduh, malasnya. hmmm... kehidupan kena diteruskan, terpaksa tempuhi jugak le....
So....... harap2 saya dapat sesuaikan diri dengan kehidupan baru, di suasana yang baru, pada tahun baru ni.

Special dedicated to kawan2 di HCM Engineering, HCM Molek JV dan sekutu2nya.... Selamat Berjaya Dalam Hidup, ingat saya selalu........
Selamat tinggal bidang construction, very sweet memory I gain here that make me become a PERSON.