Wednesday, January 28, 2009

Jadik pelajar balik











Macam semua tahu, pada 12hb januari saya telah mendaftar sebagai pelajar IPGM Kampus perlis utuk KPLI SR (KH).. daftar pada jam 8.00 pagi, ramai gak yang mendaftar. Tunggu giliran untuk pemprosesan borang ada la dalam 3 jam.
Pkul 11 lebih baru le dapat bergerak ke asrama untuk ambil kunci. Lepas2 siap ambil kunci bilik, naik ke bilik di tingkat 4, ya tuhan, tinggi nak mampos, lama betul tak naik tangga setinggi tu. Lepas letak barang, jumpa dengan my roommate iaitu sorang ibu kepada 2 orang anak dari alor star, kedah. Oklah tu, dok sekali dgn “mak-mak” .. bleh berkongsi cerita, lepas semua barang dah letak, turun makan dgn ‘abahnye’. Lepas makan, naik le bilik lepas abah balik.


Hmmm… bermula la kehidupan sebagai pelatih IPGM Kampus Perlis. Pkul 2 ptang kena panggil, sbb ada perasmian untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Seminggu minggu pengurusan pelajar baru, macam-macam la acara, tapi biasa le, kalo dah mak-mak tu, mcm dah malas nak hadapi semua ni. Dengan tenaga dah kurang, urusetia plak semua muda2, umur awal 20-an, mana le diorang reti pasal pantang larang mak-mak dan bapak-bapak ni. Tapi, pejam celik pejam celik akhirnya tamat jugak minggu pengurusan, leganya hati. Macam hilang satu beban di bahu. Anyway, enjoy picture activity di sana ….





No comments: